Jumat, 23 Mei 2008

Topi keselamatan hendaklah dibekalkan kepada setiap pekerja atau pelajar untuk digunakan semasa berada, bekerja atau belajar di lokasi kerja/aktiviti yang telah dikenalpasti terdapatnya risiko kepada kecederaan kepala akibat bahaya tertimpa/tercucuk objek yang jatuh atau terhentak/terhantuk sesuatu objek keras.

Kecederaan kepala kebiasaannya disebabkan oleh objek yang melayang atau terjatuh, atau terlanggar sesuatu objek. Pelindung kepala (topi keselamatan) mestilah mampu menahan/menyerap kesan hentakan atau tekanan akibat tertimpa objek yang jatuh. Ketahanan bahagian luar topi keselamatan direka/diperbuat sebegitu rupa supaya mampu menahan hentakan dan bahagian dalam topi terdapat abah-abah (headband and crown straps) yang akan menahan/menghalang bahagian luar topi (shell) dari terkena kepala pemakai.


8)PERLINDUNGAN KAKI

Kasut keselamatan adalah diperlukan semasa menjalankan aktiviti kerja seperti mengendali atau mengangkat objek atau peralatan berat di mana terdapatnya risiko kepada kecederaan kaki akibat terhempap atau dihentak oleh objek tersebut. Ciri keselamatan di bahagian depan kasut (steel-toe cap) dapat melindungi kaki, terutamanya jari-jari kaki, dari bahaya hentakan tersebut.

Ciri keselamatan di bahagian depan kasut (toe cap) mampu memberi perlindungan (compression protection) kepada kaki pekerja dari risiko kecederaan akibat bahaya dihempap/digelek oleh jentera, mesin atau objek yang bergerak

Ciri keselamatan di bahagian tapak kasut (steel plate reinforced outsole) dapat memberikan perlindungan kaki dari risiko kecederaan dari bahaya tercucuk/terpijak objek tajam seperti paku, dawai, skru, bahan bahaya dan sebagainya.

Tapak kasut keselamatan yang diperbuat dari getah serta ciri-ciri ketahanan dari minyak dan haba boleh melindungi kaki, terutamanya tapak kaki, dari bahaya tergelincir dan lecuran atau lelasan kulit akibat kimia berbahaya.

Kasut keselamatan hendaklah dibekalkan kepada setiap pekerja untuk digunakan semasa berada atau bekerja di lokasi kerja yang telah dikenalpasti terdapatnya bahaya-bahaya seperti di atas.

9) PERLINDUNGAN TANGAN

Kemalangan yang melibatkan kecederaan tangan boleh diklasifikasikan di dalam 4 kategori iaitu luka, lelasan kulit, lecuran dari haba atau kepanasan dan kesan/bahaya bahan kimia.

Sarung tangan perlulah dipakai semasa mengendali atau memegang objek yang mempunyai bahagian tepi yang kasar dan tajam, objek yang terlalu panas atau sejuk. Jenis sarung tangan yang perlu digunapakai untuk aktiviti tersebut adalah seperti kulit, sarung tangan untuk kegunaan kerja “welding”, sarung tangan berpenebat dan sebagainya.

Aspek perlindungan tangan mesti diutamakan semasa mengendalikan atau bekerja menggunakan peralatan dan jentera. Pengadang (guards) perlulah dipasang pada peralatan dan jentera untuk menghalang tangan dari tersentuh atau terpegang bahagian jentera yang bergerak.

Kecederaan tangan akibat bersentuhan dengan bahagian yang bergerak boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah berikut:-

> Periksa dan pastikan pengadang dipasang dan digunakan.

> Berhenti atau putuskan bekalan elektrik dan letak tanda amaran pada jentera sebelum memulakan kerja pembaikan atau selenggaraan.
> Jangan pakai sarung tangan semasa bekerja di bahagian jentera yang bergerak.

Sarung tangan haruslah diganti secara berkala, bergantung kepada kekerapan penggunaan dan ketahanannya terhadap bahan atau objek yang dikendalikan.

Sarung tangan yang bersesuaian perlu dibekalkan kepada setiap pekerja untuk digunapakai semasa menjalankan aktiviti-aktiviti kerja yang telah dikenalpasti terdapatnya bahaya-bahaya seperti di atas.

10) TALI PINGGANG KESELAMATAN

Tali pinggang keselamatan mestilah dipakai ketika bekerja di kawasan atau tempat tinggi yang boleh mengakibatkan seseorang jatuh pada jarak melebihi 10 kaki. Dengan menggunakan tali pinggang dengan betul, penggunanya dapat mengurangkan risiko dan mengawal bahaya jatuh. Apabila bekerja di tempat tinggi, tali mestilah dipendekkan seberapa yang boleh dan diikat dengan kukuh. Tali keselamatan hendaklah diperiksa sebelum digunakan dan digantikan sekiranya perlu. Jangan bergantung penuh pada tali pinggang keselamatan sehingga tali keselamatan dan tali pinggangnya telah diperiksa dahulu dengan teliti.

11) JAKET PEMANTUL CAHAYA

Jaket pemantul cahaya adalah jaket yang memberitahu (pemantul cahaya) atau amaran kepada pengguna-pengguna jalanraya dalam kampus bahawa terdapatnya pekerja sedang berada/bekerja di jalanraya tersebut. Jaket tersebut hendaklah sentiasa dipakai apabila bekerja atau berada di kawasan jalanraya berkenaan di mana terdapat bahaya dilanggar oleh kenderaan, terutama dalam suasana gelap atau malam. Pemakai jaket boleh dilihat dengan jelas walaupun dari jarak yang jauh oleh pengguna jalanraya dan dapat mengurangkan risiko kemalangan dari dilanggar kenderaan.

12) PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN PPE

Setiap PPE yang digunapakai hendaklah sentiasa dibersihkan dan diselenggara dengan baik. Kebersihan PPE adalah penting terutamanya bagi peralatan perlindungan mata dan muka di mana kanta (safety glass lenses) yang kotor boleh menganggu penglihatan.

PPE hendaklah diperiksa, dibersih dan diselenggara secara berkala supaya ianya dapat memberikan perlindungan kepada pemakai/pekerja dengan berkesan. PPE tidak seharusnya dikongsi bersama rakan kerja melainkan setelah ianya telah dibersihkan dengan sempurna.

Pembekalan dan pembahagian PPE akan dijalankan untuk kegunaan pekerja secara individu, sejauh mana yang praktik.

PPE yang telah tercemar (contaminated) oleh bahan toksik atau berbahaya, yang tidak dapat dinyahcemar (decontaminated) atau dibersihkan, mestilah dilupuskan dengan kaedah yang tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja.

13) LATIHAN

Setiap kerja yang perlu menggunapakai PPE hendaklah diberi latihan di segi cara penggunaan dan penjagaan yang betul. Latihan tersebut hendaklah merangkumi subjek seperti berikut:-

bila PPE perlu digunakan
apakah PPE yang perlu
bagaimanakah cara memakai dan menggunakan PPE
had-had penggunaan PPE
kaedah penjagaa, selenggaraan, jangka hayat dan perlupusan PPE.
Program latihan semula atau “retraining” hendaklah dijalankan berdasarkan keperluan pekerja.

1) PENGENALAN

Objektif pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) adalah untuk melindungi pekerja dari risiko kemalangan atau kecederaan dengan mengadakan / mengujudkan suatu penghadang atau perlindungan dari bahaya-bahaya di tempat kerja. Penggunaan peralatan perlindungan diri bukanlah suatu gantian untuk kaedah kawalan kejuruteraan dan amalan kerja yang paling baik atau berkesan tetapi ianya perlulah juga digunakan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan para pekerja.




Manual ini menggariskan keperluan perlindungan untuk mata, muka, kepala, kaki dan tangan. PPE akan dibekal, diguna dan diselenggara bilamana keperluan dan kegunaannya telah dikenalpasti dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau penyakit akibat aktiviti pekerjaan yang dijalankan.



PPE akan dibekalkan kepada pekerja berdasarkan keperluan aktiviti kerja untuk kegunaan peribadi (individual usage), semasa kerja, seperti yang digarikan dalam dasar penggunaan perlindungan diri.


2) DASAR

Adalah menjadi dasar syarikat untuk menyediakan PPE yang sesuai dan diluluskan kepada pekerja-pekerja yang menjalankan aktiviti kerja seperti berikut:-


memasuki dan bekerja di dalam ruang terkurung (confined space)


bekerja di luar pejabat, seperti di tempat tinggi (working at height), di tepi/atas jalanraya kawasan kampus dan di kawasan pembinaan (construction)


sebarang aktiviti kerja yang telah dikenalpasti memerlukan penggunaan PPE

3) TANGGUNGJAWAB
Majikan (Ketua/Pengarah/Ketua/Pengurus/Penyelia/Kontraktor)

Pihak Pengurusan Setempat (Line Management) adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan/pemakaian PPE para pekerja di lokasi kerja. Ini adalah termasuk:-


mengenalpasti dan membekalkan PPE yang bersesuaian kepada para pekerja


memastikan pekerja telah dilatih tentang cara penggunaan yang betul, penjagaan dan pembersihan PPE


menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod pengagihan PPE kepada pekerja dan latihan yang telah dijalankan


Majikan hendaklah memastikan pemakaian PPE telah dipatuhi oleh pekerja di segi pengunaan dan penjagaan yang betul dengan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berterusan



Mendapatkan bantuan pejabat pentadbiran OSH universiti untuk mengenalpasti dan menilai bahaya-bahaya (hazards) di tempat kerja


Memaklumkan kepada pejabat pentadbiran OSH universiti sekiranya terdapat bahaya baru atau sebarang penambahan atau pengurangan terhadap proses kerja



Memaklumkan kepada pejabat pentadbiran OSH universiti sekiranya terdapat bahaya baru atau sebarang penambahan atau pengurangan terhadap proses kerja



Memastikan PPE yang rosak atau tidak berfungsi diganti seberapa segera
Pekerja (Pekerja MMU dan Kontraktor MMU)
Pengguna/pemakai PPE adalah bertanggungjawab terhadap keperluan-keperluan seperti berikut:-

Gunakan atau pakai PPE seperti yang diperlukan berdasarkan arahan atau prosidur kerja.

Menghadiri sesi latihan penggunaan dan penjagaan PPE yang diperlukan.

Menjaga dan menyelenggara PPE sebagaimana diperlukan.

Memaklumkan kepada penyelia tentang keperluan membaiki atau menggantikan PPE yang rosak.

4) PENILAIAN BAHAYA DAN PEMILIHAN PPE


Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) menyatakan majikan adalah dikehendaki menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi menentukan keperluan PPE dan membantu dalam pemilihan PPE yang sesuai untuk setiap aktiviti kerja.



Jawatankuasa Kecil Penguatkuasaan (JKP) dan majikan setempat (Dekan/Pengarah/Ketua/Pengurus/Penyelia berkenaan) akan menjalankan pemeriksaan di tempat kerja untuk mengenalpasti punca-punca bahaya termasuklah tekanan, penembusan, hentakan, kimia, haba/panas, punca elektrik, pengendalian barang dan ruang terkurung.



Setelah bahaya di tempat kerja dikenalpasti, JKP akan menentukan kesesuaian PPE yang sediada (sedang digunapakai) dan sekiranya perlu akan mencadangkan pemilihan PPE baru atau penambahan PPE bagi memastikan tahap perlindungan pekerja yang lebih baik dari bahaya aktiviti kerja


5) PENGGUNAAN PPE


Pencegahan kemalangan dengan kaedah penggunaan/pemakaian PPE adalah merangkumi semua pihak termasuklah pekerja, pelajar, kontraktor, pelawat, pelanggan dan sesiapa sahaja yang berada, bekerja atau belajar di lokasi kerja, belajar atau menjalankan sebarang aktiviti kerja atau belajar, yang telah dikenalpasti memerlukan penggunaan PPE.


6) PERLINDUNGAN MATA DAN MUKA


Setiap pekerja dan pelajar yang berada, belajar atau bekerja di lokasi kerja / menjalankan aktiviti yang telah dikenalpasti mendatangkan bahawa kepada mata atau terdapatnya bahaya mata (eye hazard), dikehendaki memakai pelindung mata sebagai langkah pencegahan kecederaan mata



Sebagai langkah perlindungan pekerja, majikan (dekan/pengarah/ketua/pengurus/penyelia berkenaan) akan membekal dan menyediakan cermin mata keselamatan (safety glass) atau “goggles” yang bersuaian kepada pekerja/pelajar.




Bagi pekerja atau pelajar yang menggunakan kacamata (prescription glass), mereka hendaklah dibekalkan dengan pelindung mata yang sesuai iaitu boleh dipakai bersama dengan kacamata (over the spectacle).



Pelindung yang sesuai hendaklah digunakan bilamana pekerja atau pelajar terdedah kepada bahaya objek melayang, percikan besi panas, tumpahan/percikan asid dan sebagainya



“Safety glass” atau “goggles” dan pelindung muka (face shield) hendaklah digunakan bersama semasa menjalankan aktiviti kerja sekiranya terdapat potensi bahaya percikan/tumbahan asid atau bahan kimia




Kemudahan mencuci mata semasa kecemasan (emergency eyewash facility) perlu diadakan di lokasi kerja yang telah dikenalpasti terdapat bahaya percikan bahan/cecair menghakis (corrosive materials).

PANDUAN KESELAMATAN KENDALIAN SISTEM ELEKTRIKAL DC
1) PROSIDUR AM KESELAMATAN SISTEM DC
Semua kakitangan yang mengendalikan sistem DC mestilah berpengetahuan luas dalam langkah-langkah keselamatan pengendalian sistem tersebut. Arahan keselamatan ini hendaklah dipatuhi secara tegas terutama apabila bekerja dengan bateri jenis basah (vented type battery).
2) LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGENDALIKAN RECTIFIER DAN UPS
a) Bahaya Bekalan Elektrikal AC

Semua litar AC dalam sistem “rectifier” perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum sesuatu kerja dijalankan. Pastikan bekalan AC dimatikan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan mana-mana litar AC di dalam sistem tersebut. Di dalam kebanyakan sistem DC litar AC adalah berasingan ruang (compartment).
b) Bahaya Bekalan Elektrik DC (bawah sistem 60V DC)

Sistem DC voltan rendah (bawah 100VDC) adalah tidak mendatangkan bahaya kepada perseorangan. Bagaimanapun, jika berlaku litar pintas dalam sistem DC tersebut ia boleh membakar dan mencederakan. Oleh yang demikian semua kerja-kerja melibatkan sistem DC hendaklah menggunakan peralatan kerja yang bertebat.
c) Bahaya Bekalan DC Dalam Sistem UPS

Voltan DC dalam sistem UPS kebiasaannya melebihi 100VDC dan boleh mencapai sehingga 500VDC berdasarkan kepada sistem yang diguna (1 fasa atau 2 fasa). Voltan DC yang tinggi ini boleh mendatangkan bahawa kejutan elektrik kepada perseorangan. Langkah-langkah keselamatan yang tinggi dan tegas sangat ditekankan semasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengambilan bacaan bateri UPS. Pastikan suis AC dan DC dimatikan sebelum kerja-kerja pembaikan sistem UPS dijalankan. Pastikan juga semua peralatan kerja adalah bertebat dan penggunaan pakaian kerja yang mematuhi peraturan pengendalian elektrik seperti penggunaan kasut bertebat, sarung tangan (gloves) dan lain-lain
d) Peraturan Keselamatan Kerja


Periksa tiada peralatan-peralatan kerja yang tidak bertebat berada di litar bekalan kuasa AC atau DC sebelum peralatan baru tersebut dihidupkan (switched-on)



Ujian penebatan perlu dilakukan selepas penggantian penutup atau panel kemasukan baru


Bekerja bersendirian dengan litar hidup perlu dielakkan


Elakkan menggunakan barang kemas logam seperti jam tangan, rantai leher dan lain-lain apabila bekerja dengan sistem DC


Membawa objek logam bersaiz besar dan panjang berdekatan dengan pengalir hidup seperti tenaga dan lain-lain hendaklah dielakkan bagi mengelakkan litar pintas dan meminimakan peluang berlakunya lain-lain kemalangan elektrik



Semua peralatan kerja hendaklah bertebat untuk mengelakkan persentuhan secara tidak sengaja antara pengalir hidup dengan “frame” yang dibumikan

3) PANDUAN KESELAMATAN PENGENDALIAN BATERI
a) Keterangan Am


Keterangan berikut merupakan keperluan minima keselamatan pengendalian bateri. Kerja-kerja bateri perlu dilakukan dengan menggunakan peralatan kerja yang bertebat dan juga menggunakan peralatan perlindung keselamatan.



Kerja-kerja bateri juga perlu diselia oleh kakitangan yang berpengalaman dalam pengendalian bateri dan juga langkah-langkah keselamatannya. Pastikan peralatan yang boleh menghasilkan percikan api seperti alat kimpalan elektrik tidak digunakan dalam bilik bateri atau kawasan yang berhampiran dengannya.



Kebenaran masuk ke bilik bateri juga perlu dikawal dan hanya anggota yang diberi kebenaran sahaja yang dibolehkan memasuki bilik tersebut.

b) Bahaya Asid Sulfuric


Asid sulfuric dalam bateri boleh menyebabkan kebakaran asid dan lain-lain kecederaan yang serius. Jika terkena asid bateri semasa melakukan kerja-kerja bateri, bahagian yang terkena asid tersebut perlu disiram segera dengan air dan seterusnya dapatkan bantuan perubatan dengan segera.



Pakaian keselamatan kerja seperti apron getah, sarung tangan getah, “goggles” dan lain-lain pakaian keselamatan perlu digunakan. Pakaian keselamatan ini adalah bertujuan untuk melindungi kakitangan dari bahaya asid bateri.



Apabila melakukan proses mencairkan asid bateri, pastikan asid pekat dimasukkan ke dalam air yang disediakan sebelum dikacau. Jangan sekali-kali menambahkan air kepada asid pekat. Asid atau larutan bateri hendaklah disimpan dalam bekas plastik, gelas atau getah keras. Pastikan bekas logam tidak digunakan untuk menyimpan larutan tersebut.

c) Bahaya Letupan Gas

Bateri boleh menhasilkan gas yang boleh menyebabkan letupan apabila terbebas ke ruang udara hasil dari tindakbalas kimia dalaman. Letupan ini boleh menyebabkan kecederaan mata dan lain-lain kecederaan yang serius. Oleh yang demikian pastikan bilik bateri atau kabinet bateri mempunyai sistem pengudaraan yang mencukupi. Sebelum memasuki bilik bateri pastikan kipas pengudaraan dipasang bagi membuang gas keluar dan diikuti dengan membuka semua pintu untuk mendapatkan udara bersih. Sentiasa memastikan punca-punca api atau percikan api hindarkan dari bilik bateri tersebut
d) Bahaya Wasap Asid (Acid Fumes) kepada Kesihatan (Vented Batteries)

Wasap asid boleh terhasil semasa proses “boost charge” jenis “vented” atau jika bateri mengalami litar pintas dalaman. Oleh yang demikian, pastikan kipas pengudaraan dipasang sebelum memasuki bilik bateri. Selain dari itu penggunaan “paper mask” diperlukan bagi mengelakkan dari terhidu wasap tersebut. Penggunaan “mask” juga diperlukan semasa kerja-kerja pemeriksaan bateri.
e) Renjatan Elektrik dan Kebakaran
i - Bateri Pada Sistem Voltan Rendah (bawah 60V DC)

Bateri boleh menghasilkan arus litar pintas yang sangat tinggi. Hendaklah sentiasa menggunakan peralatan tangan yang berpenebat. Jika peralatan logam yang tidak berpenebat terlintas pintas ke busbar DC ia akan menjadi cair dalam beberapa saat dan akan menyebabkan kebaran kepada pengguna. Walaubagaimanapun, ianya tidak menyebabkan renjatan elektrik apabila disentuh.
ii - Bateri di dalam Sistem UPS

Sistem “multi-cell” menggunakan voltan DC yang agak tinggi (lebih dari 120V DC), sebab itu pengawasan yang tinggi hendaklah dilaksanakan bagi mengelakkan berlaku kebakaran dan renjatan elektrik. Renjatan elektrik boleh berlaku jika tersentuh oleh pengguna. Untuk UPS AC bekalan AC dan DC hendaklah ditutup sebelum menjalankan sebarang kerja ke atas bateri dan “charger”. Pastikan anggota yang hendak menjalankan kerja memahami tentang risiko kerja-kerja ke atas bateri dan bersedia dan berpengetahuan dalam menjalankan sebarang tindakan keselamatan. Semua pemasangan dan manual operasi difahami dan diikuti. Pastikan anggota mempunyai peralatan yang lengkap seperti peralatan tangan berpenebat, sarung tangan getah, apron getah, “goggle keselamatan” dan perlindungan muka.

PERHATIAN

Jika sebarang panduan keselamatan tidak difahami, penjelasan hendaklah diperolehi dari pembekal/pembuat bateri. Peraturan tempatan yang tidak diperolehi dari tatacara keselamatan peralatan tersebut hendaklah disertakan dan diikuti.


Sila hubungi mereka bagi panduan kepada sebarang masalah keselamatan, juga rujuk kepada peraturan keselamatan persekutuan, negeri dan tempatan dan sebarang piawaian perusahaan.
f) Pemerhatian ke atas Penyahcas Bagi Bateri

Apabila menjalankan penyelenggaraan ke atas talian bateri yang bersambung, penjagaan dan perhatian hendaklah dijalankan bagi menghindarkan cas statik yang terbentuk. Bahayanya cas ini sangat ketara, anggota sepenuhnya terlindung dari elektrik seperti bekerja di atas pelapik getah atau di atas lantai yang dicat dengan epoxy atau anggota memakai kasut getah. Sebelum membuat sebarang kontek dengan sel, nyahcaskan statis dengan menyentuhkan sel tersebut dengan bumi. Memakai talian ke bumi sentiasa menjalankan kerja ke atas talian bateri yang bersambung adalah tidak digalakkan.
g) Peralatan Perlindungan Diri

Berikut adalah peralatan perlindungan yang diperlukan bagi langkah keselamatan ke atas kerja-kerja bateri:-


“overall” perlindung asid atau kot habuk


apron bip yang kalis asid


kasut keselamatan elektrikal


sarung tangan (PVC fabric base)


pelindung muka atau “goggles”


topeng (biasanya dibuat dari kertas atau jenis yang lebih baik)



air yang mengalir atau basin dan paip air yang boleh membasuh mata dan kulit yang terkena percikan “electrolite”


garam bicarbonate untuk tumpahan asid


alat pengangkat bateri dengan kapasiti yang betul (cuma digunakan oleh unit yang mengendalikan kerja-kerja penggantian bateri)



peralatan tangan yang tangkainya berpenebat


ventilators


Semasa menjalankan kerja-kerja rutin penyelenggaraan bulanan dan tahunan, peralatan seperti kot debu, pelindung muka dan “goggle” hendaklah dipakai. Pastikan “ventilators” dibuka atau pintu dan tingkap bilik tersebut dibuka. Semasa mengisi air ke dalam “non-slash container” baju pelindung di samping “goggle” hendaklah dipakai.

h) Papan Tanda Keselamatan

Papan tanda keselamatan hendaklah direkabentuk dan dipaparkan tetap di tempatnya dan papan tanda yang diperlukan sekurang-kurang dua jenis seperti berikut:-

Papan tanda di kawasan larangan: Tanda amaran yang menunjukkan bilik bateri sebagai kawasan larangan yang mengutamakan perkara berikut:-


kemasukan adalah terhad kepada anggota berkelayakan sahaja


Tanda bahaya merokok dan tanda api


Tanda pelindung muka dan “goggle” hendaklah dipakai
Tanda berjaga-jaga:


Tanda bahaya untuk semua bateri yang voltan operasinya lebih 60V DC


Tanda bahaya untuk semua bateri yang beroperasi pada voltan melebihi 100 AH berkenaan arus litar pintas yang tinggi dan elakkan litar pintas


Papan tanda larangan ini hendaklah dipaparkan pada setiap pintu kepada bilik bateri atau kepungan
i) Prosidur Keselamatan Kerja di dalam Bilik Bateri


Prosidur keselamatan berikut hendaklah dipatuhi apabila menjalankan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan di mana perlu:-


semua alat pengangkat hendaklah diperiksa dan pastikan dalam keadaan baik untuk digunakan


hindarkan orang-orang yang tidak berkenaan memasuki bilik bateri


merokok, bekerja dengan peralatan tangan, penggunaan api dan peralatan yang menyebabkan berlakunya “arc” dan “spark” (percikan) hendaklah dilarang dan diberhentikan serta merta



di bahagian atas bateri hendaklah dibersihkan dari sebarang benda dan peralatan


cahaya hendaklah mencukupi untuk menjalankan kerja pemeriksaan plat sel. Sumber lampu yang ditutup dengan bahan kalis letupan hendaklah digunakan



Tempat keluar janganlah dihadang


“ventilators” hendaklah berjalan semasa kerja-kerja mencas bateri dijalankan


tangkai peralatan hendaklah berpenebat dan tangga hendaklah dari jenis bukan logam


peralatan pengujian seperti bank beban hendaklah disambung dengan ketat dan kemas dan menggunakan kabel yang cukup panjang bagi mengelakkan dari “arching” dan sebagainya



semua penyambungan ke alat pengujian hendaklah mempunyai perlindungan litar pintas (seperti alat pemutus litar atau fius)
j) Peralatan Pencegah Kebakaran

CO2 atau BCF alat pencegah kebakaran mudah alih adalah sesuai bagi asid atau sistem pemadam api elektrik hendaklah dipasang di dalam bilik bateri. 2 alat pemadam api mudah alih hendaklah dipasang bagi bilik yang melebihi luas 10m persegi. Ianya hendaklah dipasang bersebelahan dengan pintu masuk atau tempat yang sesuai bagi kawasan yang ditempatkan bateri.

Manca-music

Linkin Park

Linkin Park adalah grup musik beraliran nu metal yang berasal dari Aguora Hills, California, di Amerika Serikat. Mereka sempat beberapa kali berganti nama, antara lain Xero, Hybrid Theory, hingga nama Linkin Park sampai sekarang. Nama "Linkin Park" sendiri merupakan plesetan dari nama sebuah taman di Los Angeles, Lincoln Park.

Sebelum Chester Bennington menjadi vokalis Linkin Park, Mark Wakefield lebih dulu menjadi vokalisnya. Namun, ia keluar dari Linkin Park – saat itu menggunakan nama Hybrid Theory – untuk menjadi manajer grup musik Taproot. Bassis Dave Farrell alias "Phoenix" juga pernah keluar sebentar dari Linkin Park untuk mengikuti tur bersama band lamanya, Tasty Snax. Sedangkan 4 personil lainnya – Brad Delson, Mike Shinoda, Joe Hahn, dan Rob Bourdon – selalu bertahan di Linkin Park sejak awal pembentukannya.

Linkin Park telah merilis 3 album studio, yaitu [[Hybrid Theory], Meteora, dan Minutes to Midnight. Linkin Park juga merilis album Live in Texas, Reanimation, dan Collision Course, serta Hybrid Theory EP. Linkin Park sukses dalam mempopulerkan lagu-lagunya seperti Crawling, In the End, Numb, Somewhere I Belong, dan What I've Done. Secara total, album-album Linkin Park telah terjual sebanyak 50 juta keping.

Awal mula

Awal pembentukan Linkin Park yaitu pertemuan Mike Shinoda dan Brad Delson (gitaris Linkin Park) di kelas 7. Lalu mereka membentuk band bernama Xero. Brad juga bermain untuk band Relative Degree, salah satu personilnya yaitu Rob Bourdon (drummer Linkin Park). Mike berkenalan dengan Rob melalui Brad dan Rob bergabung dengan Xero. Saat kuliah, Brad berkenalan dengan Dave "Phoenix" Farrell (bassis Linkin Park) yang merupakan teman sekamar Brad. Mike, yang mengambil jurusan ilustrasi di Universitas Seni Pasadena, bertemu dengan Joe Hahn (turntablis Linkin Park). Kemudian, Dave Farrell dan Joe Hahn bergabung bersama Xero. Dave sempat meninggalkan Xero untuk bergabung kembali ke band lamanya, Tasty Snax.

Mulanya, mereka merekrut Mark Wakefield sebagai vokalis, lalu diambil alih oleh Chester Bennington (mantan vokalis Grey Daze) sampai sekarang, sedangkan Mike lalu jadi rapper. Sialnya, karena nama Xero sudah dipakai grup lain, mereka terpaksa mengganti nama menjadi Hybrid Theory. Lalu, Hybrid Theory menandatangani kontrak dengan perusahaan rekaman bernama Warner Bros. Records setelah sukses meluncurkan EP yang bertajuk Hybrid Theory EP pada tahun 1999 sebanyak seribu keping

Sekali lagi, mereka terpaksa mengganti nama karena nama Hybrid Theory mirip dengan nama grup musik Hybrid yang berasal dari Wales. Daripada dianggap band yang sama, mereka memilih berubah nama lagi menjadi Linkin Park. Nama itu diambil Chester dari nama sebuah taman di Los Angeles, Lincoln Park. Agar bisa mengelola situs web sendiri, Chester mengubah ejaannya menjadi Linkin Park. Setelah itu, mereka berhasil membeli situs web linkinpark.com.

Hybrid Theory

Linkin Park saat konser di Praha, Ceko.
Linkin Park saat konser di Praha, Ceko.

Linkin Park meluncurkan album pertamanya, Hybrid Theory, pada tanggal 24 Oktober 2000 dengan singel pertama One Step Closer. Namun, yang lebih terkenal adalah singel Crawling dan In the End. Lagu ini telah membuat Linkin Park menjadi populer. Penjualan album itu melebihi 15 juta keping. Linkin Park lalu merilis edisi spesial dari Hybrid Theory, dengan 2 lagu baru High Voltage dan My December (lagu).

Linkin Park lalu merilis album aransemen ulang dari Hybrid Theory, Reanimation. Album ini pun meraih kesuksesan dengan penjualan kira-kira 10 juta kopi. Singelnya, Pts.Of.Athrty, tidak sepopuler singel di Hybrid Theory, namun cukup terkenal. Linkin Park, melalui Mike Shinoda dan Joseph Hahn, juga sempat bekerja sama dengan band The X-ecutioners dalam pembuatan singel It's Goin' Down. Linkin Park juga membentuk kelompok fans mereka bernama Linkin Park Underground, serta mulai mengadakan tur sendiri bernama Projekt Revolution, setelah sering diundang ke festival musik.

Meteora

Tanggal 25 Maret 2003, Linkin Park merilis album kedua bertitel Meteora. Nama tersebut diambil dari nama tempat ibadah di atas puing-puing di Yunani. Album ini juga meraih kesuksesan dengan penjualan kira-kira 11 juta kopi. Singelnya adalah Somewhere I Belong, Faint, Numb, From the Inside, Lying from You, dan Breaking the Habit.

Meteora memenangkan banyak penghargaan. Antara lain Penghargaan MTV kategori "Video Rock Terbaik" untuk lagu "Somewhere I Belong" dan "Penghargaan Pilihan Pemirsa" (Breaking The Habit). Linkin Park juga memenangkan penghargaan lain yaitu "Penghargaan Musik Radio 2004", "Penghargaan Artis Tahun Ini" dan "Penghargaan Lagu Tahun Ini" melalui lagu "Numb". Mesikpun album Meteora tidak sesukses Hybrid Theory album ini masuk 3 besar penjualan album di Amerika Serikat tahun 2003.

Linkin Park juga mengadakan Projekt Revolution Tour ke-2 serta sibuk ikut konser. Di sela-sela waktu itu, Linkin Park berhasil menyelesaikan rekaman album konser mereka, "Live In Texas", yang berisi lagu-lagu saat konser Linkin Park di Texas.

Minutes to Midnight

Pada tahun 2006, mereka mulai merekam materi untuk album terbaru Linkin Park, yaitu "Minutes To Midnight". Banyak yang mengkritik Linkin Park karena sering tertunda peluncurannya. Walaupun begitu, Linkin Park menjamin bahwa album tanggal 14 Mei 2007 ini pantas untuk dikoleksi. Menurut Linkin Park, mereka menamai album barunya "Minutes To Midnight" (menit-menit menuju tengah malam) karena adanya isu nuklir di bumi ini yang dapat menghancurkan dunia pada saat tengah malam.

Sebanyak 100 lagu demo telah diciptakan namun hanya 12 yang dimasukkan ke dalam album. Tidak heran kalau album ini direkam selama 14 bulan. Dalam album Minutes To Midnight, unsur musik nu metal kurang kental. Walaupun demikian, album ini tetap digemari. Buktinya adalah album ini terjual hampir sebanyak 625 ribu kopi dalam pekan pertamanya (sebuah rekor dalam tahun 2007). Album studio ketiga ini diproduseri oleh Mike Shinoda dan Rick Rubin, mantan personil Beastie Boys. Singel pertamanya, "What I've Done", sudah mulai diputar di radio pada tanggal 2 April 2007. Minutes To Midnight juga menduduki tangga teratas Billboard. Pada tanggal 20 Agustus 2007, Linkin Park merilis singel keduanya, yaitu "Bleed It Out". Dan, pada bulan Oktober, Linkin Park akan merilis singel "Shadow of the Day".

Lagu "No Roads Left" bisa didapatkan melalui pemesanan lewat iTunes. Sementara lagu "Qwerty" bisa didapatkan di EP berjudul Linkin Park Underground v6.0.

Chester Bennington, vokalis Linkin Park, saat konser di The Globe Arena di Stockholm, Swedia.
Chester Bennington, vokalis Linkin Park, saat konser di The Globe Arena di Stockholm, Swedia.

Pada awal pembentukannya, Linkin Park beraliran rock. Setelah masuknya seorang DJ atau turntablis bernama Joe Hahn, Linkin Park mengganti alirannya menjadi hip-hop. Namun, pada album Hybrid Theory, Linkin Park mengganti lagi alirannya menjadi nu metal dan rapcore. Demikian juga pada album Meteora, hanya saja Linkin Park juga menambahkan unsur elektronika.

Pada album Minutes To Midnight, segalanya berubah total. Linkin Park benar-benar mengurangi unsur nu metal secara spesifik. Sebagai gantinya, Linkin Park menggunakan aliran alternative rock. Ini jelas sebuah eksperimen mengingat kesuksesan Linkin Park dengan genre nu metal dalam album sebelumnya. Tetapi, ternyata eksperimen itu berhasil.

Logo lama Linkin Park.
Logo lama Linkin Park.

Logo baru Linkin Park.

Anggota sekarang

Mantan Anggota

  1. Mark Wakefield – Vokal
  2. Scott Koziol – Bass (Stand-in)
  3. Kyle Christener – Bass (Stand-in)

Daftar lagu


  1. MUSE adalah grup musik Inggris yang memiliki jenis musik yang menggabungkan berbagai aliran musik. MUSE memadukan aliran klasik, modern, dan bahkan latin pada lagu-lagu mereka. Band ini dibentuk di Devon pada tahun 1994. Anggota band terdiri dari tiga orang: Matthew Bellamy (vokalis, gitaris, pianis), Dominic Howard (drummer), dan Chris Wolstenholme (bassis). Setelah peluncuran album mereka yang keempat, Morgan Nicholls dan Dan the Trumpet Man juga sering tampil dalam konser MUSE, sebagai keyboardis dan backing vokal dan untuk Dan the Trumpet Man tampil sebagai peniup terompet untuk lagu knights of cydonia dan seterusnya.


    (1992-1997) Pembentukkan
    Pada tahun 1990-an awal, anggota-anggota MUSE memiliki grup musik masing-masing di sekolah mereka. Pembentukkan MUSE berawal ketika Matthew Bellamy yang berumur 14 tahun berhasil lulus audisi untuk masuk grup Dominic Howard. Ketika bassis mereka memutuskan untuk keluar, mereka meminta teman baik mereka, Chris Wolstenholme, untuk bergabung dan mempelajari gitar bass. Chris sempat menolak, tapi akhirnya memutuskan untuk bergabung. Band baru ini sempat banyak berganti nama, antara lain Gothic Plague, Carnage Mayhem, Fixed Penalty, dan Rocket Baby Dolls, sampai akhirnya menggunakan nama MUSE yang dikenal sekarang. Urutan kronologis pergantian nama band ini tidak jelas, karena MUSE memberikan informasi yang tidak konsisten pada wawancara-wawancara mereka.

    Pada tahun 1994, masih dengan nama band Rocket Baby Dolls dan dengan gaya gothic/glam, mereka memenangkan kompetisi battle of the bands lokal. Dan tak lama setelah ini, mereka mengganti nama menjadi MUSE, dan mulai tampil di club-club seperti Cavern di Exeter.

  2. (2001-2002) Awal ketenaran

    Album ke-2 mereka, Origin of Symmetry, dengan Leckie sebagai produser juga, berisi musik yang lebih berat dan gelap, dengan suara bass Wolstenholme, yang berat dan terdistorsi. Dan lagu-lagu seperti Space Dementia yang menggunakan teknik klasik, yang terinspirasikan oleh Rachmaninoff.

    MUSE bereksperimen dengan alat-alat musik yang tidak lazim dipakai, seperti organ gereja, Mellotron, dan peralatan drum yang diperlengkap. MUSE lebih banyak memakai suara tinggi Bellamy, dengan alunan arpeggio gitar, dan piano yang terdengar jelas, yang terinspirasi dari gerakan Romantisme, khususnya musikus Rusia Sergei Rachmaninov dan Tchaikovsky. Selain itu, terdengar juga unsur-unsur musik minimalis seperti Philip Glass. Album ini juga menyertakan daur ulang lagu Feeling Good, yang aslinya dibuat oleh Anthony Newley dan Leslie Bricusse.

    Secara umum, eksentriknya gaya musik rock MUSE terlihat mirip musik band Queen pada tahun 1970-an.[1]

    Album ini mungkin bakal membuat MUSE semakin terkenal di Amerika Serikat, tapi Maverick tidak setuju dengan gaya vokal Bellamy (yang dianggap tidak cocok untuk radio), dan meminta MUSE untuk merubah beberapa lagu mereka untuk dirilis di Amerika. MUSE, yang meresa terhina, menolak dan meninggalkan perusahaan rekaman Maverick, yang mengakibatkan tidak dirilisnya album Origin of Symmetry ini di Amerika (album ini akhirnya dirilis disana pada 20 September 2005).

    Setelah album ini, MUSE merilis Hullabaloo Soundtrack, DVD yang berisi penampilan mereka di Le Zenith di Paris,Perancis pada tahun 2001. Lalu secara bersamaan, mereka merilis album ganda yang berisi B-side dan rekaman dari penampilan di Le Zenith. Kemudian album ganda berisi single-single A-side juga dirilis, dengan dua lagu baru, yaitu In Your World dan Dead Star, yang berbeda dengan gaya opera lagu-lagu lain pada Origin of Symmetry.

    Pada edisi Februari 2006 majalah Q Magazine, album Origin of Symmetry ditempatkan pada urutan 74 dari 100 album terbaik sepanjang masa menurut penggemar.


    Diskografi

    Kover album Nama album Tanggal rilis
    Showbiz 28 September 1999
    Origin of Symmetry 18 Juni 2001
    Hullabaloo 1 Juli 2002
    Absolution 29 September 2003
    Black Holes and Revelations 3 Juli 2006


    Menurut-Q Muse adalah Band manca tertenar kedua setelah LP,tapi menurutku lagu-2x muse lebih sedih & mendalam di-hati.

    Lagu-lagu MUSE yg kusukai:
    1.Unintended
    2.Starlight
    3.Supermassiv blackholes
    4.Time is running out
    5.Hysteria
    6.Sthockolm syndrome
    7.Sing for absolution
    And so on.